Kepercayaan
kepada Tuhan
Rukun
negara yang pertama...KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Setelah peristiwa tragedi
13 Mei 1969, MAGERAN ataupun Majlis Gerakan Rakyat telah duduk berbincang dan
sepakat membentuk Rukun Negara Malaysia yang menjadi asas tonggak ideologi
negara kita. Ia nya telah di bentuk hampir setahun selepas tragedi 13 Mei itu,
iaitu 31 Ogos 1970.
Intipati Rukun Negara
Intipati Rukun Negara
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang pertama?
Ya, menjadi tanda tanya pula, kenapa KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN diletakkan di tempat yang pertama didalam susunan Rukun Negara kita?
Para ahli MAGERAN telah mengkaji dengan teliti betapa rakyat di Negara kita ini terdiri daripada pelbagai kaum mahupun anutan agama yang berbeza. Mereka sedar akan kepelbagaian ini dan itu mungkin telah mendorong mereka untuk meletakkan kepercayaan kepada Tuhan menjadi asas kepada keharmonian rakyat di negara kita ini.
Kita sedia maklum bahwa perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita, tetapi dalam masa yang sama agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.
Kenapa Percaya kepada Tuhan?
Ahli-ahli MAGERAN menyedari betapa pentingnya prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini. Ini telah mendorong mereka meletakkannya sebagai prinsip yang pertama yang harus ada pada mana-mana rakyat Malaysia.
Setiap agama mahupun kepercayaan-kepercayaan yang ada di negara kita boleh mempengaruhi dan membentuk keperibadian seseorang itu. Ketiadaan pegangan agama yang kuat boleh meruntuhkan keperibadian seseorang itu dan secara langsung boleh menggugat bangsa dan mahupun negara. Setiap agama yang diamalkan di negara kita ini mengajar penganutnya memberi sepenuh kepercayaan kepada Tuhan yang mereka sembah itu. Kepercayaan kepada Tuhan yang tidak berbelah bahagi itu akan menjadikan sesorang itu mempunyai rasa Hormat baik kepada orang lain mahupun dirinya sendiri. Ini menjadikan masyarakat kita hidup di dalam aman dan damai. Sebagai bukti, sehingga sekarang kita hidup dengan aman dan saling menghormat-hormati terhadap satu sama lain walaupun dengan perbezaan yang ada.
Letakkan Tuhan ditempat yang pertama...
Dalam hidup seharian kita juga, seharusnya kepercayaan kepada Tuhan diletakkan di tempat yang pertama. Kerana terbukti, apabila negara kita meletakkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat yang pertama di dalam rukun Negara kita, rakyat Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang baik di mana rakyat di negara kita "diberkati" dengan hidup yang aman dan damai.
Apatah lagi kalau masing-masing peribadi kita percaya kepada Tuhan yang kita sembah dengan segenap hati, sudah pasti hidup kita sendiri dan orang lain yang ada disekitar kita akan hidup dalam harmoni.
Apa akan berlaku kalau Tidak percaya kepada Tuhan?
Persoalan ini "sesamamu" tinggalkan kepada kita untuk kita sama-sama renungkan. Apa yang bakal berlaku kepada peribadi mahupun negara kita kalau "kepercayaan kepada Tuhan" tidak diletakkan di tempat yang pertama di dalam hidup seseorang itu?
Sebagai contoh...Isu pembuangan bayi, Pembunuhan kejam, Penderaan kanak-kanak, Penderaan amah, Ragut, Rasuah, penindasan yang lemah, pemandu yang cuai di jalan raya, dan banyak lagi. Ini adalah sebilangan kecil perkara yang berlaku di negara kita oleh mereka yang MUNGKIN meletakkan kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang salah dalam hidup mereka...
Percayalah kepada TUHAN, dengan segenap hati mu, dan janganlah bersandar kepada pengertian mu sendiri...proverb 3:5
Sistem
Kepercayaan dan Agama
Pengenalan
Setiap manusia di dunia ini
boleh dikatakan mempunyai kepercayaan kepada agama. Menurut kamus, agama
bermaksud “segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan
kewajipan-kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu”. Agama mempunyai
kaitan yang sangat rapat dengan ajaran. Dengan kepercayaan kepada agama,
manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama mereka. Kesemua agama pada
amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan serta
kebaikan. Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan kepercayaan
ketuhanan dan agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa
yang menganutinya.
Islam
Agama Islam disebarkan di
Tanah Arab kira-kira 1400 tahun dahulu. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab
menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Mereka dikenali sebagai masyarakat
Jahiliah. Agama Islam diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad di Gua Hira
pada tahun 610M. Ajaran agama Islam ini mendapat tentangan hebat daripada kaum
Quraisy di Mekah. Mereka menentang ajaran agama Islam kerana mereka masih
berpegang teguh kepada amalan dan kepercayaan nenek moyang dan penyembahan
berhala.
Dua aspek penting yang terkandung dalam agama Islam ialah :
a.
Akidah – kepercayaan manusia terhadap Allah
b.
Syariah – undang-undang dan hokum Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah
(Hadith)
Al-Quran ialah sabda-sabda
Allah yang suci dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad dan Sunnah ialah
sabda-sabda Nabi Muhammad yang ditulis secara mutawatir dalam al-Quran.
Ajaran Islam berasaskan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Imam
iaitu :
Rukun
Islam
a.
Syahadah – mengucapkan 2 kalimah syahadah iaitu : tiada Tuhan melainkan Allah
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
b.
Solat – menunaikan sembah 5 waktu sehari semalam
c.
Zakat – orang Islam diwajib memberi zakat kepada orang yang miskin
d.
Puasa – mewajibkan berpuasa pada bulan Ramadan
e.
Menunaikan fardu haji ke Mekah bagi orang yang mampu
Rukun
Imam
a.
Percaya kepada Allah
b.
Percaya kepada Malaikat
c.
Percaya kepada Kitab-kitab Allah
d.
Percaya kepada nabi dan rasul
e.
Percaya kepada hari kiamat
f.
Percaya kepadaqadak dan qadar
Agama Islam akhirnya
tersebar luas ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Eropah.
Kristian
Agama Kristian bermula di
Palestin kira-kira 2000 tahun dahulu. Menurut orang Kristian, pengasasnya ialah
seorang daripada keturunan Bani Israel yang bernama Jesus Christ iaitu Nabi
Isa. Nabi Isa dilahirkan di Bandar Bethlehem di selatan Palestin. Semasa berusia
30 tahun Nabi Isa menerima wahyu daripada tuhan dan kemudian menyebarkan
ajarannya. Beliau menggunakan cerita-cerita mudah (parables) yang mempunyai
nilai-nilai moral. Beliau dikatakan mempunyai kuasa mukjizat untuk menyembuh
orang yang sakit dan cacat, memulihkan penglihatan orang buta dan menghidupkan
orang yang mati.
Ajaran Nabi Isa mendapat tentangan hebat daripada paderi
dan pembesar Bani Israel. Mereka berasa iri hati kerana Bani Isa menjadi
seorang yang termasyhur dan mempunyai banyak pengikut. Mereka membuat rancangan
untuk menghapuskan Nabi Isa. Atas tuduhan menyebarkan agama palsu (bidaah) dan
mendakwa dirinya sebagai anak tuhan, Nabi Isa dihukum salib sampai mati pada
33M. Menurut kepercayaan Kristian, Nabi Isa telah bangkit semula selepas 3 hari
dan dinaikkan ke syurga. Ajaran Nabi Isa disebarkan oleh pengikutnya di seluruh
Empayar Rom tetapi mendapat tentangan hebat daripada maharaja Rom seperti
Pontius Pilate. Walau bagaimanapun, Maharaja Rom, Constantine telah memeluk
agama Kristian pada 323M. Tindakannya menyebabkan penyebaran agama Kristian
dengan luas.
Ajaran Kristian menekankan unsur-unsur kasih saying dan
pengampunan antara manusia. Nabi Isa memberitahu pengikut-pengikutnya “kamu
hendaklah mengasihi jiran kamu dan juga musuh kamu. Doakan mereka yang mengecam
kamu dan mereka yang melakukan tindakan buruk terhadap kamu”. Prinsip asas
dalam agama Kristian ialah cintailah Tuhan dengan sepenuh ragamu dan cintailah
jiranmu seperti kamu mencintai dirimu sendiri. Ajaran agama Kristian percaya bahawa
pengikut-penigkutnya yang mengamalkan ajaran ini akan menikmati kesempurnaan
hidup di akhirat. Ajaran Nabi Isa terkandung dalam kitab suci Kristian yang
dipanggil Kitab Injil (Bible).
Hinduisme
Agama Hindu ialah agama
yang utama dan tertua di dunia. Ia bermula di India lebih kurang 3000 tahun
dahulu. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, iaitu tempat
permulaan tamadun di Lembah Sungai Indus. Agama ini merupakan campuran
kebudayaan dan kepercayaan orang Aryan dan orang Dravidia. Bahasa Sanskrit dan
Bahasa Tamil memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Hindu.
Agama Hindu berkembang daripada falsafah orang India. Oleh
itu, Hinduisme lebih berbentuk cara kehidupan daripada agama. Agama Hindu tidak
mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Walau bagaimanapun,
sesetengah penganut Hindu menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci. Ia
mengandungi nyanyian-nyanyian dewata dan mengajar tentang cara-cara kebahagiaan
dan ketinggian hidup manusia. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai Nyanmar dan
Alwar. Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah
kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada dewa Agni
(Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan). Lama-kelamaan, mereka
menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai
peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva
(Dewa Pemusnah). Berdasarkan kepercayaan tuhan tersebut telah wujud 2 mazhab
yang terpenting dalam agama Hindu iaitu Mazhab Saivisme dan Mazhab
Vaishnavisme.
Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran
semula selepas mati :
Orang India percaya bahawa
roh seseorang tidak akan mati bersama-sama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad
yang lain dan dilahirkan semula untuk memulakan kehidupan yang baru.
a.
Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma.
b.
Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu,
karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil pada
hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk.
c.
Jika seseorang itu membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan
kembali ke dalam kasta yang lebih tinggi untuk menikmati kehidupan yang baik.
d.
Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkat tinggi
sehingga ia tidak boleh dilahirkan semula.
e.
Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana.
f.
Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke
dunia.
Buddhisme
Agama Buddha adalah
berdasarkan ajaran Siddharta Gautama. Gautama ialah seorang putera raja yang
dilahirkan di Kapilavastu pada tahun 563SM. Gautama dibesarkan di istana
sebagai seorang yang beragama Hindu. Baginda berkahwin dengan sepupunya
Yasodhra dan hidup dalam penuh kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi baginda tidak
berasa gembira dengan kehidupan yang mewah itu. Semasa berusia 29 tahun,
Gautama menyaksikan kelaparan, kesakitan dan kematian. Baginda berasa terharu
menyaksikan keadaan hidup manusia itu. Baginda ingin tahu mengapa manusia
menderita dan ingin mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah itu.
Gautama telah meninggalkan keluarganya dengan memakai jubah
kuning seperti seorang petapa dan mengembara untuk mencari jawapan tentang erti
hidup yang sebenarnya. Baginda telah mengkaji kitab suci Hindu iaitu Veda dan
Upanishad, bertapa beberapa hari dengan berpuasa hingga hampir kebuluran dan
menanggung penderitaan. Namun demikian, baginda tidak dapat mencari kebenaran
kepada penderitaan manusia. Baginda akhirnya berjaya mendapat kebenaran atau
pencerahan agung yang dicarinya setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok
Bo di Boghgaya, berhampiran dengan Benares. Pada suatu malam purnama, Gautama
telah menerima pengetahuan daripada tuhan dan mengetahui jawapan bagi masalah
kehidupan dan kematian manusia. Hari ini dikenali sebagai Hari Wesak. Mulai
hari itu, baginda digelar Buddha yang bermakna Penyinar Cahaya. Buddha kemudian
mengembara ke seluruh India untuk menyebarkan ajarannya. Buddha mengasaskan
satu pertubuhan sama bernama Sangha. Sami-sami yang memasuki Sangha mencukur
rambut dan memakai jubah kuning yang menandakan mereka telah bebas daripada
segala hal duniawi. Selepas mengembangkan ajaran-ajaran selama 45 tahun, Buddha
meninggal dunia pada tahun 483SM semasa berusia 80 tahun.
Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan
dalam Bahasa Pali oleh pengikut-pengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia
yang didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama Buddha. Empat Kebenaran
Mulia merangkumi perkara berikut :
a.
Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu semua yang hidup
harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati.
b.
Manusia mendeirta kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan untuk
keselesaan hidup.
c.
Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada
kesengsaraan.
d.
Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan mengikut
Jalan Lapan Lapis.
Jalan Lapan Lapis atau
Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal fikiran dan membentuk tingkah
laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi teladan bagi pengikut-pengikutnya.
Hokum-hukumnya ialah :
a.
Pengetahuan yang baik
b.
Pemikiran yang baik
c.
Keinginan yang baik
d.
Kelakuan yang baik
e.
Kehidupan yang baik
f.
Perkataan yang baik
g.
Usaha yang baik
h.
Pertapaan yang baik
Jalan ini mencadangkan
jalan tengah untuk mencapai hidup yang baik dengan mengamalkan jalan yang suci
seperti yang berikut :
a.
Bersedekah
b.
Mencari ilmu pengetahuan dan kesucian
c.
Mengelakkan diri daripada membunuh, menipu, berzina dan mencuri
Selain itu, agama Buddha
juga menerima beberapa kepercayaan seperti Nirvana, kelahiran semula dan karma
daripada agama Hindu. Matlamat Buddha ialah pencapaian Nirvana, iaitu tahap
kebahagiaan yang kekal dan tidak dilahirkan semula selepas beberapa kelahiran.
Buddha juga menentang 2 kepercayaan terutamanya kedudukan istimewa Brahmin
dalam masyarakat. Ajaran asal Buddha dipanggil Hinayana. Ajaran ini diubahsuai
dan dipindahkan menjadi Mahayana.
Agama Buddha ini telah menyebar ke rantau Asia Tenggara,
Asia Timur dan sebagainya. Menjelang abad ke-19, negara-negara yang
menjadikannya agama rasmi ialah Thailand, Indo-China dan sebagainya.
Confucianisme
Confucius ialah seorang
ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari
keluarga Lu di wilayah Shangtung, dimana tempat beliau dilahirkan. Nama
sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah
laku yang baik. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 479SM semasa berusia 72
tahun. Semua ajarannya telah dibukukan oleh pengikut-pengikutnya.
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang
berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.
Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang
menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila
Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab
“kebolehan mengamalkan 5 kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan
itu ialah budi bahasa, amanah, kerajinan dan sifat baik”.
Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya
dalam bentuk buku yang bertajuk Lun Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya
yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan
orang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik.
Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman
Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada :
a.
Book of Odes (Shih Ching)
b.
Book of History (Shu Ching)
c.
Book of Rites (Li Chi)
d.
Book of Changes (I Ching)
e.
Sping Ang Autum Annals (Chun Ching)
Ajaran
Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama
Hindu dan Buddha. Ia cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat
China.
Ajaran
Confucius adalah berkenaan dengan Li atau rukun bangsa. Antaranya ajaran
Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya.
Dalam ajaran Confucius, terdapat 5 jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan
individu dalam masyarakat iaitu :
a.
Pemerintah dengan rakyat
b.
Ibu bapa dengan anak
c.
Suami dengan isteri
d.
Abang dan adik
e.
Kawan dan kawan
Menurut beliau setiap
individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya
setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram
dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa
mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu
bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak
mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus
menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.
Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang
jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu
hormat dan taat setia kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah
ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi
contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara kerajaan
harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan mempunyai
pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi
rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.
Bagi masyarakat China, mereka sangat mementingkan tradisi
dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan
pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah
dapat diselesaikan. Beliau yang mewujudkan confucianisme juga mementingkan
penyembahan nenek moyang.
Meng Tze, pengikut Confucius telah menambah ajaran tentang
pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan
memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula
menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab
untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan
hukuman keras kepada pesalah.
Taoisme
Taoisme berasaskan ajaran
Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang
penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas
meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh
pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme.
Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao
Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran
Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial seperti dalam
keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam
semesta. Tao membawa maksud “cara” atau “jalan” bagi mencapai keharmonian alam
semesta. Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran
di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.
Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada
duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan
duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme
ialah manusia harus bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze
menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada
keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap
menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada
masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam
semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling
berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih
banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi.
Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati oleh kalangan penduduk di luar
Bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan baik daripada kalangan terpelajar dan
pegawai-pegawai berfahaman confucianisme.
Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap
perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan
mengubah benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui
tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks.
Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya
bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan
cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat
hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka
diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze “tenangkan
diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi”. Ajaran Lao
Tze hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada
sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama
lain tetapi boleh hidup dengan gembira.
Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat
banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat
bedil, jarum magnetic dan herba-herba asli.
Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan
dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran
yang bertulis dalam bentuk sajak menjadi warisan kesusasteraan yang terkenal.
Shintoisme
Shintoisme juga dikenali
sebagai “jalan tuhan” merupakan agama asli masyarakat Jepun yang bermula dari
zaman silam dan mitos. Ia dianggap sebagai agama yang secara penuhnya dimiliki
oleh masyarakat Jepun tanpa mempunyai pengaruh daripada luar. Ajaran ini
berkembang daripada tradisi komuniti asli. Sewaktu tahap awal ia wujud dalam
bentuk yang paling mudah iaitu tradisi rakyat dan berpusat pada semangat di
sekeliling kehidupan masyarakat, kampung dan persekitaran.
Kepercayaan ghaib atau kami ini wujud dalam alam sekitar,
pokok, gunung, air, api dan sebagainya. Perkataan kami ini juga sering kali
diterjemahkan sebagai Shinto. Kepenitngan agama ini terletak pada sifatnya yang
bertujuan membentuk rasa taat setia kepada keluarga diraja dan kepada negara
dengan cara memupuk rasa patriotic yang meluap-luap berdasarkan anggpan bahawa
negara dan raja-rajanya mempunyai unsur-unsur ketuhanan.
Jainisme
Jainisme merupakan ajaran
yang diasaskan oleh Mahavira atau nama lain Vardhmana pada abad ke-6SM. Ia
mempunyai benyak persamaan dengan agama Hindu dan Buddha. Agama ini memberi
penekanan yang lebih terhadap karma dan samsara. Penganut agama ini biasanya
tidak memakan haiwan atau merupakan vegetarian.
Persamaan
antara Islam dan Kristian
Kalau kita melihat kepada
amalan umat kristian hari ini hampir jarang ditemui persamaan dengan amalan
umat Islam, tetapi kalau kita merujuk kepada kitab agama kristian iaitu Al-Kitab
atau Bible maka kita akan temui banyak persamaan antara umat kristian dan umat
Islam. Kita mungkin akan hairan kenapa ini berlaku? Jawapannya Pada asalnya
agama Kristian dan Islam juga berasal daripada satu sumber iaitu Allah, asalnya
kristian adalah agama yang mengikut ajaran Yesus tetapi telah banyak terjadi
perubahan akibat salah tafsiran oleh pengikutnya.
1. Konsep Ketuhanan
a. Tuhan
adalah Esa
Qur'an : Katakanlah:
"Dia-lah Allah, Yang Maha Esa (Al-Ikhlas 112;1)
Sungguh kafir orang yang berkata: “Sungguh Allah itu ialah Al
Masih putra Maryam”. Padahal Al masih sendiri berkata, “Wahai Bani Israel!
Sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu" Sesungguhnya orang yang mensyirikkan
Allah dengan sesuatu ciptaan-Nya, maka Allah mengharamkan syurga kepadanya, dan
tempatnya adalah neraka... (Al-Maidah 5;72).
Yang memiliki sifat-sifat yang demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu (Al-An'am 6;102).
Bible : Shama Israelu
adonoi ilahaini adonoi ahud : Wahai orang Israel! Tuhan - dan tuhan
satu-satunya ialah Tuhan kita (Deutronomy 6;4).
Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, Shama Israelu
adonoi ilahaini adonoi ahud : ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, dialah Tuhan yang Esa
(Mark 12:28-29).
Pada asalnya konsep
Ketuhanan yang diajarkan Yesus dan Muhammad adalah sama iaitu menyembah Tuhan
yang Esa, tetapi selepas ketiadaan Yesus pengikut beliau telah menambah ajaran
yang bercanggah dengan ajaran Yesus.
b. Allah
itu tempat bergantung segala sesuatu/kekal
Bible : Allah yang kekal
menjadi perlindungan kamu, maknya tidak ada awal dan akhir (Deutronomy: 33;27).
Qur'an : Allah
adalah Tuhan tempat bergantung segala sesuatu maknanya tidak ada awal dan kahir
(Al-Ikhlas: 112;2).
Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya (Al-Imran 3;2).
c. Tuhan tidak dapat dilihat
Qur'an : Tidak ada
sesuatupun yang setara dengan-Nya (Al-Ikhlas 112;4).
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui (Al-An'am 6;103).
Bible : Kamu belum pernah
mendengar suaranya atau melihat mukanya (John 5;37).
“Allah itu roh, hanya
dengan kuasa roh orang dapat menyembah Allah yang benar” (John 4:24).
d.
Jangan sembah patung
Seruan untuk menyembah
Allah seperti disebutkan dalam ayat di bawah :
Tentang orang mati dibangkitkan semula, belum pernahkah kamu baca apa yang difirmankan oleh Allah? Allah berfirman, "Akulah Allah yang disembah Abraham, Ishak dan Ya'kub". Oleh itu, Dia Allah orang hidup, bukan Allah orang mati (Matthew 22;31-32)
Rujuk juga ayat di bawah
ini :
Kemudian Yesus dan pengikutnya pergi ke suatu tempat bernama
Getsemani. Dia berkata kepada mereka, "Duduklah di sini sementara Aku
pergi ke sana untuk berdoa".
Yesus mengajak Petrus dan kedua anak Zebedeus pergi bersama dengan-Nya. Dia
sangat sedih dan gelisah. Yesus berkata kepada pengikut-Nya, " Hatiku
sedih sekali sehingga Aku rasa mahu mati. Tinggallah di sini dan berjagalah
dengan Aku". Yesus pergi lebih jauh sedikit
lalu bersujud dan berdoa, " Ya Allah, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini
daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Engkau
sahaja". Kemudian Yesus kembali kepada ketiga pengikut-Nya dan
mendapati mereka sedang tidur. Beliau berkata kepada Petrus " Tidak
dapatkan kamu bertiga berjaga dengan Aku selama satu jam? Berjaga-jagalah dan
berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa
yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabi'at manusia lemah. Sekali lagi Yesus pergi dan berdoa, "Ya Allah, jika cawan
penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripada-Ku, tetapi harus Aku minum,
biarlah kehendak Engkau berlaku". Kemudian Yesus kembali kepada
pengikut-pengikutnyadan beliau mendapati mereka masih tidur kerana mengantuk. Sekali lagi Yesus meninggalkan mereka, lalu pergi dan
berdoa dengan kata-kata yang sama untuk kali ketiga (Matthew 26;36-44).
Di ayat yang lain Yesus
juga berdoa kepada Allah :
Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Di situ Dia
berdoa kepada Allah semalaman (Luke 6;12).
Kira-kira seminggu selepas Yesus mengatakan hal itu, Dia membawa
Petrus, John dan Yakob ke sebuah bukit untuk berdoa (Luke 9;28).
e.
Bertaubat untuk menghapuskan dosa
Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, "
Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak lama lagi Allah akan
memerintah!" (Matthew 4;17).
2.
Yesus adalah Muslim.
Muslim adalah orang-orang
yang menyerah diri kepada Allah, semua yang dilakukan hanya mengikut kehendak
Allah semata
Apa kata Qur'an? :
Semasa Isa mengetahui keingakaran bani israel berkata ia: Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk menegakkan agama Allah?” Sahabat2 setia menjawab: “Kamilah penolong agama Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sungguh kami adalah orang-orang yang berserah diri = Muslim (Ali-Imran 3;52).
Semasa Isa mengetahui keingakaran bani israel berkata ia: Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk menegakkan agama Allah?” Sahabat2 setia menjawab: “Kamilah penolong agama Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sungguh kami adalah orang-orang yang berserah diri = Muslim (Ali-Imran 3;52).
Apa kata
Bible? :
“Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri.
Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu
keputusanku adil, kerana aku tidak mengikuti kehendakku sendiri melainkan kehendak
Allah yang mengutus ku” (JOHN 5:30).
Ayat di atas membuktikan
Yesus adalah Muslim iaitu orang yang berserah diri kepada Allah.
3. Circumsize/ berkhatan
Hari ini umat Islam
mengamalkan circumsize bagi setiap lelaki, ini sesuai dengan amalan Yesus yang
juga mengamalkan berkhatan (circumsize). Sila rujuk ayat dalam Bible seperti
tersebut di bawah ini:
Selepas berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat,
dia dinamakan Yesus (Luke 2;21).
Setiap
lelaki mesti disunat; sunat menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa
perjanjian-KU dengan engkau kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak
dianggap umat-KU kerana ia tidak berpegang pada perjanjian (Genesis 17;13-14).
4. Yesus berpuasa
Umat Islam hari ini
berpuasa selama satu bulan, manakala Yesus berpuasa selama empat puluh hari.
Dari segi jumlah hari terdapat perbezaan kerana setiap umat mempunyai
undang-undang yang berbeza mengikut zaman dan keadaan masyarakatnya.
Bible :
Di sungai Jordan Yesus dicubai oleh Iblis selama empat puluh
hari. Sepanjang masa itu, Yesus tidak makan apa-apapun dari pagi sampai petang
(LUKE 4:2).
Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam,
yesus lapar (Matthew 4;2).
Qur'an : Hai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa (Al-Baqarah 2;183).
5. Yesus memberi salam kepada pengikutnya
Dalam Islam memberi salam
hukumnya adalah sunat atau pilihan, Umat Islam mengucapkan salam setiap
perjumpaan atau perpisahan sesama Islam. Muhammad berkata :
Sekiranya dua orang bertemu, maka yang paling mulia di antara mereka
adalah yang mula-mula mengucapkan salam (Hadith).
Allah berfirman dalam
Qur'an
Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun-alaikum (Al-An'am 6;54).
Mereka tidak mendengar perkataan yang tidak berguna di dalam
syurga, kecuali ucapan salam... (Maryam 19;62).
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam surga itu ialah "salaam" (Ibrahim 14;23)
Apa Bible kata? :
Tiba-tiba
Yesus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata: Shalom alaikom (Luke 24:36).
Kemudian yesus datang berdiri di tengah-tengah mereka dan
berkata, "Shalom alaikum!" (John
20;19)...Yesus berkata kepada mereka lagi, "Shalom
alaikum!" (John 20;21)...Yesus datang dan berdiri ditengah-tengah mereka
lalu berkata, "Shalom alaikum!" (John
20;26).
Apabila kamu masuk ke rumah orang berikanlah salam (Matthew
10;12)
6.
Sembahyang dengan bersujud
Salah satu gerakan dalam
sembahyang dalam Islam adalah sujud (dahi menyentuh tanah). Dalam Bible
diterangkan bahawa Yesus sembahyang juga sujud iaitu :
Apabila kamu sembahyang, masuklah ke dalam bilik dan tutplah
pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu yang tidak dapat dilihat. Bapa kamu yang
mengetahui yang kamu lakukan secara senyap-senyap, akan memberikan pahal
kepadamu (Mat 6;6)
Yesus pergi lebih jauh lalu bersujud (dahi menyentuh tanah) dan
berdoa… (Mat 26:39)
7.
Sedekah
Apa kata bible
:
Apabila kamu bersedekah kepada orang miskin lakukanlah secara
senyap-senyap supaya sahabat karib kamu sekalipun tidak mengetahuinya. Biarlah
hal itu tidak diketahui oleh sesiapapun. Bapa kamu yang melihat perbuatan yang
tersembunyi tersebut akan memberi pahala kepada kamu (Mat 6;3-4)
8.
Hukuman Hudud
Hudud dalam bible :
Jika mata kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buanglah
mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu bahagian tu buh daripada
seluruh tubuh kamu dimasukkan ke dalam neraka. Jika tangan kamu menyebabkan
kamu berdosa, potonglah dan buanglah tangan itu! Lebih baik kamu kehilangan
sebelah tangan daripada seluruh tubuh kamu masuk kedalam neraka (Matt 5;29-30,
Mark 9;43 dan Mark 9;47).
Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih
baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dengan kedua belah kaki
dimasukkan ke dalam neraka (Mark 9;45)
9.
Zakat
Zakat mengikut bible :
Jangan kumpul harta di dunia kerana disitu anai-anai dan karat
merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. Kumpulkanlah harta di
syurga, kerana di situ anai-anai dan karat tidak dapat merosakkannya, dan
pencuri tidak dapat untuk mencurinya. Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu
sentiasa tertumpu kepada hartamu (Mat 6;19-21).
Di ayat yang lain juga
dijelaskan :
Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai
hasilnya dan tidak mengumpulkan hasil dalam jelapang, tetapi Bapa kamu di
syurga memelihara semuanya. Bukankan kamu jauh lebih bermakna daripada burung?
(Mat 6;26).
Apa yang ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu
untuk mereka. Inlah inti taurat Musa dan ajaran nabi-nabi (Mat 7;12)
10.
Perempuan wajib menutup kepala
Apa kata Bible tentang
tudung? :
Jika seorang wanita tidak mahu menutup kepalanya, lebih baik dia menggunting rambutnya tetapi mencukur rambut adalah satu amalan cukup mengaibkan. Oleh itu lebih baik dia menutup kepalanya (1 Corintian 11;6).
Jika seorang wanita tidak mahu menutup kepalanya, lebih baik dia menggunting rambutnya tetapi mencukur rambut adalah satu amalan cukup mengaibkan. Oleh itu lebih baik dia menutup kepalanya (1 Corintian 11;6).
Apa Islam kata tentang
tudung :
Hai Nabi, katakan kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu
dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke
seluruh tubuhnya“, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka
tidak diganggu (Al-Ahzab 33;59)
Katakan kepada wanita beriman: "... Hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, ayahnya, mertua lelaki, anak lelaki, anak lelaki tiri, adek beradek lelakinya, anak saudara lelaki adek beradik lelaki dan perempuan, atau perempuan Islam, hamba yang mereka miliki, pelayan lelaki yang dikebiri atau anak lelaki yang belum baligh/puber (An-Nur 24;31).
Katakan kepada wanita beriman: "... Hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, ayahnya, mertua lelaki, anak lelaki, anak lelaki tiri, adek beradek lelakinya, anak saudara lelaki adek beradik lelaki dan perempuan, atau perempuan Islam, hamba yang mereka miliki, pelayan lelaki yang dikebiri atau anak lelaki yang belum baligh/puber (An-Nur 24;31).
Soalan: Adakah Kristian dan
Muslim menyembah Tuhan yang sama?
Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada makna ayat “Tuhan yang sama”. Memang tidak dinafikan bahawa pandangan orang Muslim dan orang Kristian mengenai Tuhan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa Tuhan adalah muktamad, mahakuasa, memiliki pengetahuan yang tidak terhingga, berada di semua tempat, suci, adil dan tepat. Agama Islam dan agama Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama.
Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Tuhan orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep “penjelmaan”. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.
Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, “Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?” Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).
Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada makna ayat “Tuhan yang sama”. Memang tidak dinafikan bahawa pandangan orang Muslim dan orang Kristian mengenai Tuhan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa Tuhan adalah muktamad, mahakuasa, memiliki pengetahuan yang tidak terhingga, berada di semua tempat, suci, adil dan tepat. Agama Islam dan agama Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama.
Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Tuhan orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep “penjelmaan”. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.
Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, “Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?” Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).
Rujukan:
Bible
Al-Quran
Buke Teks Sejarah(Tingkatan 4@5)
Disediakan oleh LOH
CHOON CHIAT