Cintai Alam Sekitar
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan
yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung
kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal
manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan
dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana
yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia
juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Persekitaran yang bersih membolehkan
kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat
bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya
dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke
udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara dalam alam sekitar kita yang
bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa
selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani
kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan
nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti
riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan
kita.
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah
dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan
sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi
untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.
Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem
persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan
dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah
dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.
Malahan, air merupakan sumber asli
yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh
badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air
sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya
kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan
sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan
penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting
dalam kehidupan manusia, masyarakat
haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air
terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.
Tambahan pula, alam sekitar yang
dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber
makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan
kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan
berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya
merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan
kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti
pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku.
Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba
untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan
darat dan air terpelihara.
Di samping itu, alam sekitar yang
bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih
dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing.
Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran
wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita.
Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan
sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan
ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi
perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan
untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut
berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara
yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling
membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.
Punca
Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar
Akta
Kualiti Alam Sekeliling
1974 mengandungi peruntukan
yang bertujuan mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran serta
memperbaiki kualiti alam
sekeliling dan dari aspek
yang sering dikaitkan
dengan alam sekitar
iaitu pencemaran yang membawa
kepada maksud apa-apa
perubahan secara langsung
dan tidak langsung
terhadap sifat-sifat
fizikal, haba dan
kimia termasuk kesan
biologikal terhadap alam
sekeliling yang meliputi pencemaran
air, udara, bunyi,
tanah dan laut
dan untuk masalah ini,
pelbagai punca telah
dapat dikenal pasti
yang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.
Antara punca
yang telah dapat
dikenal pasti yang membawa
kepada masalah pencemaran
alam sekitar ini
ialah masalah sikap
individu dan organisasi
yang tidak bertanggungjawab. Hal
ini jelas kerana
tiada kesedaran sivik
dalam diri mereka
untuk menjaga alam sekitar
kerana bagi sesetengah
individu, mereka akan
sewenang-wenangnya membuang
sampah merata-rata tanpa
menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan
itu adalah perkara
remeh apabila mencampakkan
secebis tisu atau
sisa makanan di tepi
jalan. Manakala untuk
organisasi seperti kilang
yang menjalankan operasi pengeluaran yang
melibatkan sisa toksik
dalam penghasilan keluaran
mereka, pada kebiasaannya
kilang itu akan
mengambil langkah mudah
apabila membuang sisa
toksik tersebut terus ke
dalam laut dan
sungai jika kilang
itu didirikan berdekatan
dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan
kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis
udara akan menyebabkan
terjadinya pencemaran udara. Hal
ini berikutan sikap
individu dan pemilik
kilang yang tidak
bertanggungjawab dan peka pada
persekitaran sekeliling hasil
dari pencemaran alam
sekitar yang mereka cipta
sendiri.
Di
samping itu, penggunaan
kenderaan bermotor seperti
kereta, motosikal, lori
dan kapal terbang juga
merupakan salah satu
dari penyumbang kepada
berlakunya pencemaran alam sekitar
seperti pencemaran udara
dan pencemaran bunyi.
Hal ini kerana
setiap kenderaan akan melepaskan
asap kenderaan yang
mengandungi gas yang
berbahaya. Hal ini
jika peningkatan taraf hidup
masyarakat terus meningkat
pada zaman sekarang
maka tahap pencemaran juga
akan turut meningkat
berikutan semakin bertambah
jumlah penggunaan bilangan pengguna
jalan raya yang
selesa menggunakan kenderaan
mereka sendiri untuk bergerak ke
destinasi yang ingin
dituju berbanding beramai-ramai
menggunakan kenderaan awam
yang semestinya dapat
mengurangkan bilangan kenderaan
di jalan raya. Hal
ini akan menyebabkan
pencemaran udara dan
seterusnya menjejaskan sistem
pernafasan dan daya
penglihatan manusia serta
pencemaran bunyi yang
terhasil oleh kapal
terbang yang berlepas
atau mendarat terutama
dikawasan perumahan yang berhampiran dengan
lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia.
Hal ini jelas
menerangkan bahawa penggunaan
kenderaan bermotor juga
menjadi salah satu
punca berlakunya pencemaran
alam sekitar.
Antara punca
lain penyebab berlakunya
pencemaran alam sekitar
ialah pembakaran secara
terbuka. Hal ini
jelas dapat dilihat
berikutan pembakaran pokok-pokok
tua di kawasan
ladang dan hutan
untuk tujuan penanaman
semula. Jika dilihat
dari satu sudut,
penanaman semula sememangnya sangat
baik tetapi akibat
daripada pembakaran secara
terbuka yang dilakukan
oleh sesetengah pihak
sebenarnya boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran udara.
Di samping turut
memusnahkan kehidupan flora
dan fauna disekitarnya.
Disebabkan pembakaran secara
terbuka ini jugalah
suhu bumi menjadi
semakin meningkat dan
keadaan cuaca di
bumi semakin panas.
Inilah sebenarnya akibat
daripada pembakaran secara
terbuka yang dijalankan
yang akhirnya membawa
kepada pencemaran alam
sekitar serta sekali
gus turut menjejaskan
kehidupan dan kesihatan
manusia.
Tambahan pula,
kurangnya peranan yang
dimainkan oleh pihak
kerajaan juga menjadi
salah satu punca
terus berlakunya pencemaran
alam sekitar pada
masa ini. Pihak
kerajaan seharusnya membuka
mata dan lebih
peka terhadap pembangunan
yang dijalankan oleh
semua pihak dengan
mengambil kira masalah
pencemaran yang bakal
terjadi dari setiap
projek pembangunan tersebut
dan bukan hanya
melihat kepada peningkatan
taraf hidup masyarakat
sahaja. Perkara ini
sangat penting untuk
membantu mengurangkan pencemaran
udara, air, tanah
dan bunyi, hasil
daripada pembangunan pesat
yang giat dijalankan
dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan
masyarakat yang kurang
kesedaran sivik. Oleh
disebabkan kerajaan kurang
memainkan peranan dalam
menilai aspek-aspek inilah
yang menyebabkan masalah
pencemaran berada ditahap
yang semakin membimbangkan
pada masa kini.
Kesimpulannya, punca-punca
pencemaran yang telah
dikenal pasti ini
harus diambil langkah serius
oleh semua pihak
dan organisasi untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar
baik daripada pencemaran
air, udara, tanah
dan bunyi. Ia
penting demi memastikan
kehidupan dibumi ini
terjamin dan terhindar
dari masalah pencemaran
yang semestinya membahayakan
dan mengancam kesihatan
serta kehidupan flora
dan fauna untuk
generasi akan datang
yang lebih baik
dan sihat serta
bebas dari pencemaran
alam sekitar.
Langkah-langkah
untuk Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting
dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar
ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai
dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan
sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam
sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa
sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh itu,
untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar
langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah pertama adalah melalui pendedahan
media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit,
komputer dan surat khabar . Pada era pascaglobalisasi ini, media massa
memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media
massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran
alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap
keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana
setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang
semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk
menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak
mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib
sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di
jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan
media tersebut berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam
sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh
dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam
dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang
pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti
menguruskan sisa pembuangan supaya
kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan
pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti
seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor
boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam
sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran
alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai
rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam
sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran
Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains
seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam
Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin
terhadap alam sekitar dan bersifat cinta akan alam sekitar. Hal ini
penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada
pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas
terbersih di antara kelas juga perlu
dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar
dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran
alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan
lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk
dalam diri pelajar .
Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan
teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan
mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi
moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa
meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi
moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan
sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat
mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar
semakin hari semakin serius. Saya berharap setiap individu dapat mengambil
pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar
yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih
baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang
berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara
alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan
mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.
Pencemaran
alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa
kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran
alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran
pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran
alam sekitar memberi kesan buruk.
Pencemaran
udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini.
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran
daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas,
gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan
bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang
juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada
penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan
cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan – haiwan
akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal
mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh
dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan
tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan
menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan
haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah
diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya,
gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.
Pencemaran
udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di
bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau
CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti
sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran
matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari
boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga
hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya
pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya,
pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh
penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal
ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen
(NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di
atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini
terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan
membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan
juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan
kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
Selain
itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga
dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan
suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di
dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu,
banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah
banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku
juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran
bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan
keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan
menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia
serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke
habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan ekosistem.
Pencemaran bunyi
menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara
kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB,
selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada
telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan
berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia
akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan
kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya,
pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar
di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini
dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
Rujukan:
1) Dewan Siswa , March , 2013
2) http://cintaalamsekitar.blogspot.com
1) Dewan Siswa , March , 2013
2) http://cintaalamsekitar.blogspot.com
TEOH YING HUA
A3P1
Thanks!!!this is a good essay..keep it up:)
ReplyDeleteThanks A Lot , This Essay Helped Me To Finish My Moral Folio 💕 .
ReplyDelete