APA ITU KASIH,SAYANG DAN CINTA
Tiga
perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti
membawa kepada pengertian yang sangat berbeza.Pengertian tiga perkataan ini
memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami.Emosi dan tindakan juga
sebenarnya menggambarkan bahawa kasih,sayang dan cinta mempunyai perbezaan
walaupun sedikit.
KASIH
Kita sering mengucapkan
kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani”.Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya
Dan jika kita halsui mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya
kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya Rasa kasih
sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT
mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama
maunsia, kasih saying kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan
seterusnya rasa cinta.Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu
kuat.Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali
dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan.Rasa belas kasihan kerana tidak
mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid talah
mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
SAYANG
Perkataan yang sukar untuk
dibezakan dan diterjermahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama
manusia.Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi
lebih luas skopnya berbandingmengasihi.Anda mungkin menyayangi sahabat
anda,keluarga anda,guru anda atau sesiapa sahaja.Tetapi berbeza jika anda
mengatakan bahawa anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya
rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan
oleh orang yang menyayangi anda.Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan
emosi manusia.Rasa sayang akn memberikan kesan yang berpanjangan sama ada
sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi
wujudnya keiklasan dalam setiap berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan
untuk orang yang tersayang.
CINTA
Percintaan sudah tentu
dikaitkan dengan rasa kasih saying bahawa bilamenyebut cinta sudah tentu akan
ada rasakasih sayang kepada seseorang,Bila mencintai seseorang,tersilatnya anda
mempunyai rasa kasih sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda
seadanya.Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan
jugakebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk
dihulurkan.Kerana cinta mmbawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang
berbeza.Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak,dan buta.Rasa
cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerimasegala
nasihat daripada orang lain.Segala keputusan kebanyakannya pada diri orang yang
dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa
gembira kepada pasangan, tetapi cinta jugamemberikan luka yang sukar untuk
diubati.Cinta membahagiakan bila berjayahidup bersama pasangan dan sangat
memedihkan hanya pada manusia.Manusia tidak sempurna.Jika pengertian cinta ini
disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak wujud istilah putus cinta.
kes buang
bayi
September 18, 2012
Susulan daripada berita yang dilaporkan mengenai bayi yang dicampak dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari seorang
gadis telah ditahan oleh pihak polis diatas perbuatan kejam tersebut untuk
siasatan lanjutKetua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi
Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah
Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi.
“Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam)
untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”
kata beliau ketika dihubungiKosmo!Menurut beliau, laporan bedah siasat
ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat
mengalami kecederaan serius di kepala“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di
kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” kata
beliau
Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin
itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah
keluarganyaDifahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan
suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun,
keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandungWanita itu yang tidak
ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan
Universiti Malaya
Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang
kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1
di rumah flat itu.Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak
bernyawa lagi.
Mereka memilih sungai,kawasan semak,masjid,longkang dan tandas sebagai
lokasi strategik untuk membunuh nyawa si kecil yang tidak berdosa.Mereka juga
percaya bahawa lokasi terrsebut membolehkan perbuatan mereka tidak dapat dihidu
oleh pihak berkuasa dan dengan berasa gembira kononnya bentuk hukuman.
Ternyata mereka salah!Hukuman tidak pernah “buta”untuk mengenal pasti
individu yang didapati bersalah.Meskipun nyawa si kecil tidak lagi dapat
diselamatkan, namun sekurang-kurangnya pembunmuhnya tidak terlepas daripada
hukuman.
Pada 6 september, di Kuantan, Pahang, seorang pelajar Tinkatan Empat
ditahan selepas dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya di dalam
mangkuk tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA).Tindakan tidak
berperikemaunsiaan dipercayai menjadi punca bayi terbabit meninggal dunia
sebelum kepala bayi tersebut terperosok ke dalam mangkuk tandas pukul 4.45pagi.
Sepasukan anggota bomba dan Penyelamat Bukit Ubi dipanggil ke lokasi
kejadian dan terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi megeluarkan mayat bayi
tersebut.Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas dan polis tidak menolak
kemungkinan pelajar terbabit berasa panik serta ketakutan selepas melahirkan
bayinya sebelum cuba mengepam air tandas sehingga menyebabkan kepala bayi
tersebut tersangkut di saluran tandas.
Kini, pada September lalu,banyak pihak marah apabila seorang bayi
perempuan ditemui mati selepas dicampak dengan kejam dari tingkat 3 di sebuah
rumah pangsa di Jaya, Selangor. Bayi tersebut yang masi bertali pusat ditemui
di tempat letak kereta oleh seorang penduduk.
Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Itulah tanggapan umum yang dilemparkan
oleh masyarakat terhadap perbuatan tersebut.Tidak terkecuali banyak pihak juga
mahu hukuman yang setimpal dijatuhkan terhadap suspek yang bertanggungjawab.
Isteri mantan Perdana Menteri Tun Dr.Siti Hasmah Mohd Ali, turut
melahirkan perasaan kecewa dengan kejadian terbabit.Beliau menjelaskan bahawa
masyarakat perlu menghentikan perbuatan tersebut dan menyedari bahawa anak
merupakan anugerah Tuhan yang perlu dijiga dengan sempurna.
Berdasarkan statistic Polis Diraja Malysia(PDRM),menujukkan bahawa
sebanyak 627 kes pembuangan bayi di seluruh Negara dilaporkan sejak tahun 1995
hingga Jun 2012. Dari Januari hingga Jun tahun ini,sebanyak 31 kes pembuangan
bayi direkodkan dengan 19 orang dari pada bayi tersebut ditemui mati,10 orang
selamat dan dua orang lagi menerima rawatan di hospital.
Dalam tempoh tersebut,Selangor dan Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan
masing-masing 6 kes,Johor(4 kes ),kedah(3kes),Sarawak(3kes),Pulau Pinang,Perak
dan Pahang masing-masing mencatatkan 2 kes,manakla 1 kes dicatatkan di Kuala
Lumpur,Terrengganu dan Kelatan.Begitu pun,jumlah tersebut tidak termasuk jumlah
tersebut tidak termasuk jumlah bayi yang dibuang dan berjaya disembunyi
daripada pengetahuan pihak berkuasa.
Melihat scenario pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi,timbul
persoalan,apakah punca utama masalah tersebut dan adakah tidak ada jalan
penyelesaian bagi mengatasi?
Punca kepada masalah pembuangan bayi sering dibincangkan dan
dibahaskan,antaranya dan dibahaskan,antaranya pengaruh rakan sebaya,pergaulan
bebas,ingin mencuba melakukan seks,terlalu percaya akan lelaki,terpengaruh
dengan maklumat berhubung dengan aktiviti seks menerusi internet ,dan
persekitaran tempat tinggal.Tidak terkecuali factor social yang saling
berkaitan rapat dengan hubungan anak dan ibu yang ranggang menyebabkan remaja
lebih mempercayai orang lain sehingga. Mereka terjerumus dalam gejala seks luar
nikah.
Bagi kebanyakkan remaja yang terlibat,apabila mendapati diri remeka yang
terlibat,apabila mendapati diri mereka hamil,jalan paling mudah untuk keluar
daripada masalah tersebutsebaik-baik sahaja dilahirkan.Mereka beranggapan
bahawat indakan kejam tersebut mampu menyelesaikan masalah.
Pada hakikatnya, mereka tidak mengetahui bahawa akibat perbuatan tersebut,
mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah seksyen 318
Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.Mereka juga boleh dikenakan
hukuman penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM3000 atau kedua-duanya
sekali atau mengikut seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda
maksimum RM20000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan.
Dalam mendepani masalah ini, ternyata kerajaan dan badan bukan
kerajaan(NGO) tidak berpeluk tubuh.Pelbagai program kesedaran dilakukan bagi
memastikan jumlah gejala buang bayi dapat dikurangkan.
Pada Julai lalu, Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga, Masyarakat
(KPWKW) mengumumkan akan kewujudan pusat perlindungan bayi di setiap hospital
kerajaan di seluruh negara.Timbalan Ketua Setiausaha(Strategik)
KPWKM,HarjeetSingh, menjelaskan bahawa usaha tersebut merupakan usaha
berterusan daripada kerajaan dalam memerangi kes pembuangan bayi terutama
kelahiran di luar nikah.
“Inisiatif ini masih di peringkat perancangan, namun sebagai langkah
permulaan kita menjalankan perbincangan bersama-sama Kementerian Kesihatan bagi
merealisasikan hasrat tersebut.Kita mahu hospital juga berfungsi sebagai pusat
perlindungan bayi sekiranya ada ibu yang terdesak dan tidak menginginkan bayi
mereka,”Katakan ketika berucap di Konvensyen “Katakan Tidak kepada Pembangunan
Bayi:Nyawa di Tangan Kita”,di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,Selangor,pada
Julai lalu.
Di Jerman, kerajaan menyedian pusat khas perlindungan bayi yang dikenali
sebagai Babywiege yang berfungsi sebagai mengelakkan bayi yang baru dilahirkan
meninggal dunia akibat terdedah kepada kesejukan selepas dibuang oleh ibu yang
belum bersedia memikul tanggungjawab menjaga anak.
Menyedari keseriusan masalah pembuangan bayi, kerajaan Jerman mengenakan
undang-undang yang membolehkan hospital menjaga bayi yang baru dilahirkan untuk
tempoh tersebut,ibu yang melahirkan anaknya boleh mengambil semula bayinya
sekiranya wanita tersebut berubah fikiran.Namun, sekiranya ibu bayi tersebut
tidak membuat apa-apa keputusan selepas tempoh tersebut, bayi tersebut perlu
diserahakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diberikan kepada keluarga
angkat.
Persoalannya, sekiranya kerajaan di negara kerajaan di negara ini
mengambil langkah penyelesaian tersebut, adakah masyarakat kita benar-benar
bersedia untuk bersama-sama bertindak menyelamatkan nyawa si kecil daripada
terus menjadi korban?
Sehingga kini, terdapat sembilan buah pusat perlindungan bayi di seluruh
negara, termasuk satu di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak dan satu lagi di
bawah NGO, OrphanCARE di Petaling Jaya, yang merupakan perintis projek
tersebut.
Bagi kebanyakan NGO, berdasarkan peningkatan jumlah kes pembuangan bayi
yang dicatatkan di seluruh negara,sudah tiba masanya kerajaan menubhkan lebih
banyak pusat perlindungan bayi bagi memastikan nyawa “si kecil” tidak terus
menjadi korban.
Bagi menjayakan tujuan penubuhan pusat perlindungan bayi
tersebut,HarjeetSingh turut menasihati remaja perempuan dan wanita yang
terlanjut sehinga melahirkan anak luar nikah supaya tidak membuang bayi mereka,
sebaliknya menyerahkannya kepada pusast perlindungan bayi untuk tindakan
selanjutnya.
“Di bawah KPWK, kita mempunyai 55 buah insitusi kebajikan,seperti rumah
perlindungan kanak-kanak dan Sekolah Tunas Bakti, sebanyak 104 buah pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah, serta 56buah klinik Nur sejahtera yang bersedia
menerima bayi yang menyediakan Talian Nur 15999 kepada remaja atau wanita yang
mengandung anak luar nikah untuk mendapatkan kaunseling dan maklumat,” ujarnya
lagi.
PENDERAAN
Penderaan kanak-kanak bermaksud
dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak.
Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.
Penderaan kanak-kanak ini boleh
dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-
1. Penderaan fizikal kanak-kanak.
2. Penderaan mental kanak-kanak.
3. Penderaan seksual kanak-kanak.
Penderaan kanak-kanak merupakan
satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia.
Salah
satu punca yang menyebabkan kes-kes penderaan kanak-kanak berlaku disebabkan
oleh pengurusan emosi yang tidak stabil. Mereka mendera anak-anak mereka demi
melepaskan tekanan yang dihadapi semasa di tempat kerja. Seseorang akan
melakukan apa sahaja apabila emosinya tidak dapat dikawal, hal ini turut
mengakibatkan kes-kes penderaan khususnya terhadap kanak-kanak yang tidak
berdosa. Seterusnya, punca yang mengakibatkan kes-kes penderaan ialah masalah
kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga. Masalah kewangan yang sering
menimbulkan masalah dan melanda sesebuah keluarga menyebabkan mereka bertindak
ganas terhadap anak-anak mereka.
Isu
ibu bapa yang terlibat dalam kes penagihan dadah turut mengundang berlakunya
penderaan kanak-kanak. Sikap tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan
telah mengajar mereka untuk bertindak lebih agresif disebabkan oleh pengambilan
dadah yang melampau. selain itu, tiadanya pendekatan agama juga mendorong
berlakunya penderaan kanak-kanak. Iman yang lemah dan goyah serta kurang
perasaan kasih sayang terhadap anak-anak menyebabkan berlakunya perkara seperti
ini. Contohnya kekurangan ilmu pengetahuan agama dan ilmu dari aspek-aspek
rohani, jasmani, emosi dan intelek tidak diterapkan dalam diri ibu bapa.
Anak-anak
merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami
isteri. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini.
Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya
tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan
membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun sejak akhir-akhir ini kita sering
mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana
sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar
dan media-media massa .
Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari
segi mental. Penderaan dari segi fizikal
ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau
lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala
penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh
penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau
proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak
berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung
kepada mangsa.
Keadaan itu perlu diambil serius
memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan
penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga
mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada
2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan
dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di
Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak,
statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733
kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan,
statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi
mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri,
apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.
Pada bulan Mac 2010 kita
dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menjadi
mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham adik
Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan
dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah
didapati bersalah dan telah di jatuhi hukuman mati oleh mahkamah.
Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes
penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja
mereka. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka
melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat
anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan
perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan
tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang
tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan
memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.
Faktor lain yang menjadi
punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh
sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak ganas
terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan
ekonimi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau
menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan
sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan
sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan
kasih sayang dan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah
berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan
melepaskan tekanan. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang
sempurna. Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan
berkekalan tanpa wang tekanan.
Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku
seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak
luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini. Contohnya, suami
akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga
kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering
berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, faktor paling utama berlakunya
masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan
agama. Mereka mudah hilang pertimbangan
kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan
satu kesalahan. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh
memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang
berlaku pasti ada penyelesaiannya. Islam juga menerapkan sikap yang baik yang
perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi
terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan
kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya
(anak-anak) dengan baik.
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah
diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan
kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab
mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana
keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti
tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping
kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan
daripada berlakunya kes penderaan anak-anak.
Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.
Pihak yang berkuasa juga haruslah
mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi
ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan
undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat
perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan
kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan
mereka.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah
mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan
yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap
pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul
setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk
mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik.
Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu
dibanteras dengan berkesan. Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk
membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibu bapa janganlah bersikap bengis
terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak
dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum
mereka.Kegembilangan Malaysia
di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang
masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak dan
jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana
pihak.
Hak Kanak-kanak
Kanak-kanak
didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun. Kanak-kanak ini
perlu diberi perlindungan oleh orang-orang yang lebih tua daripada mereka
seperti ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Perlindungan yang dimaksudkan
mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ialah kanak-kanak perlu tinggal dalam komuniti
dan persekitaran aman damai disamping keluarga yang menjaga mereka dengan baik.
Selain itu, kanak-kanak perlu memperoleh pendidikan yang terbaik serta mendapat
makanan yang mencukupi dan berkhasiat tubuh yang sihat dan cergas. Pergaulan
sihat seperti bermain dan beriadah disamping rakan-rakan sebaya juga amat
digalakkan.
Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak
Implikasi
penderaan kanak-kanak umumnya dapat dilihat dengan jelas melalui kecederaan
pada anggota fizikal mereka. Luka di kepala, badan dan muka akan memberi kesan
yang tidak baik khususnya terhadap masa depan mereka apabila meningkat dewasa
kelak. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya kecacatan
fizikal sama ada serius atau tidak. Contohnya anak kepada pengerusi MIC S
Karrigalan, 42 telah meninggal dunia akibat didera oleh jirannya pada 3 mac
lalu. Selain itu, kerencatan otak juga boleh berlaku akibat hentakan di kepala
oleh benda-benda keras.
Impak Penderaan Kanak kanak
Penderaan
kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan mental khususnya
kepada mangsa itu sendiri. Adakah kita ingin perkara ini terjadi kepada
keluarga kita? Tepuk dada tanya iman. Seperti yang kita tahu, isu seumpama ini
hanya akan membuatkan kanak-kanak tersebut trauma dan berasa diri tidak
disayangi. Kesannya kanak-kanak akan menunjukkan satu perubahan drastik seperti
murung, suka menyendiri, atau menjadi lebih pasif. Bukan itu sahaja, ini secara
tidak langsung akan membuatkan prestasi pembelajaran mereka merosot. Keadaan
ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar menjadi malas dan malu ke sekolah
disebabkan kecederaan yang mereka alami sama ada penderaan itu dilakukan oleh
ibu bapa itu sendiri ataupun pembantu rumah.
Langkah langkah mengatasi
Antara langkah untuk mengatasi
masalah ini ialah peranan kerajaan. Pihak kerajaan haruslah mengenakan tindakan
undang-undang kepada ibu bapa yang mendera anak-anaknya. Hukuman yang akan
dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu,
peranan media massa
juga penting bagi mengatasi masalah ini. Media massa seperti televisyen boleh mengiklankan
kesan-kesan penderaan kanak-kanak kepada masyarakat supaya dapat memberi
kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat di sekeliling.
Rujukan
2.
Dewan
Siswa Edisi November 2011
No comments:
Post a Comment