Thursday 21 February 2013

apa itu kasih--yun

APA ITU KASIH,SAYANG DAN CINTA
Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza.Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami.Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih,sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

KASIH
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya Dan jika kita halsui mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama maunsia, kasih saying kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta.Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat.Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan.Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid talah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

SAYANG
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjermahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia.Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbandingmengasihi.Anda mungkin menyayangi sahabat anda,keluarga anda,guru anda atau sesiapa sahaja.Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda.Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia.Rasa sayang akn memberikan kesan yang berpanjangan sama ada sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keiklasan dalam setiap berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
CINTA
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih saying bahawa bilamenyebut cinta sudah tentu akan ada rasakasih sayang kepada seseorang,Bila mencintai seseorang,tersilatnya anda mempunyai rasa kasih sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya.Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan jugakebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihulurkan.Kerana cinta mmbawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza.Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak,dan buta.Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerimasegala nasihat daripada orang lain.Segala keputusan kebanyakannya pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta jugamemberikan luka yang sukar untuk diubati.Cinta membahagiakan bila berjayahidup bersama pasangan dan sangat memedihkan hanya pada manusia.Manusia tidak sempurna.Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak wujud istilah putus cinta.




























kes buang bayi
September 18, 2012
kejam bayi dibuang dari tingkat 3 flat desa mentari kes buang bayi dari tingkat 3 flat : gadis kilang direman
Susulan daripada berita yang dilaporkan mengenai bayi yang dicampak dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari seorang gadis telah ditahan oleh pihak polis diatas perbuatan kejam tersebut untuk siasatan lanjutKetua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi.
“Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata beliau ketika dihubungiKosmo!Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” kata beliau
Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganyaDifahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandungWanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya
Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.
 
Mereka memilih sungai,kawasan semak,masjid,longkang dan tandas sebagai lokasi strategik untuk membunuh nyawa si kecil yang tidak berdosa.Mereka juga percaya bahawa lokasi terrsebut membolehkan perbuatan mereka tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa dan dengan berasa gembira kononnya bentuk hukuman.
Ternyata mereka salah!Hukuman tidak pernah “buta”untuk mengenal pasti individu yang didapati bersalah.Meskipun nyawa si kecil tidak lagi dapat diselamatkan, namun sekurang-kurangnya pembunmuhnya tidak terlepas daripada hukuman.
Pada 6 september, di Kuantan, Pahang, seorang pelajar Tinkatan Empat ditahan selepas dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya di dalam mangkuk tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA).Tindakan tidak berperikemaunsiaan dipercayai menjadi punca bayi terbabit meninggal dunia sebelum kepala bayi tersebut terperosok ke dalam mangkuk tandas pukul 4.45pagi.
Sepasukan anggota bomba dan Penyelamat Bukit Ubi dipanggil ke lokasi kejadian dan terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi megeluarkan mayat bayi tersebut.Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas dan polis tidak menolak kemungkinan pelajar terbabit berasa panik serta ketakutan selepas melahirkan bayinya sebelum cuba mengepam air tandas sehingga menyebabkan kepala bayi tersebut tersangkut di saluran tandas.
Kini, pada September lalu,banyak pihak marah apabila seorang bayi perempuan ditemui mati selepas dicampak dengan kejam dari tingkat 3 di sebuah rumah pangsa di Jaya, Selangor. Bayi tersebut yang masi bertali pusat ditemui di tempat letak kereta oleh seorang penduduk.
Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Itulah tanggapan umum yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap perbuatan tersebut.Tidak terkecuali banyak pihak juga mahu hukuman yang setimpal dijatuhkan terhadap suspek yang bertanggungjawab.
Isteri mantan Perdana Menteri Tun Dr.Siti Hasmah Mohd Ali, turut melahirkan perasaan kecewa dengan kejadian terbabit.Beliau menjelaskan bahawa masyarakat perlu menghentikan perbuatan tersebut dan menyedari bahawa anak merupakan anugerah Tuhan yang perlu dijiga dengan sempurna.
Berdasarkan statistic Polis Diraja Malysia(PDRM),menujukkan bahawa sebanyak 627 kes pembuangan bayi di seluruh Negara dilaporkan sejak tahun 1995 hingga Jun 2012. Dari Januari hingga Jun tahun ini,sebanyak 31 kes pembuangan bayi direkodkan dengan 19 orang dari pada bayi tersebut ditemui mati,10 orang selamat dan dua orang lagi menerima rawatan di hospital.      
Dalam tempoh tersebut,Selangor dan Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan masing-masing 6 kes,Johor(4 kes ),kedah(3kes),Sarawak(3kes),Pulau Pinang,Perak dan Pahang masing-masing mencatatkan 2 kes,manakla 1 kes dicatatkan di Kuala Lumpur,Terrengganu dan Kelatan.Begitu pun,jumlah tersebut tidak termasuk jumlah tersebut tidak termasuk jumlah bayi yang dibuang dan berjaya disembunyi daripada pengetahuan pihak berkuasa.




Melihat scenario pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi,timbul persoalan,apakah punca utama masalah tersebut dan adakah tidak ada jalan penyelesaian bagi mengatasi?
Punca kepada masalah pembuangan bayi sering dibincangkan dan dibahaskan,antaranya dan dibahaskan,antaranya pengaruh rakan sebaya,pergaulan bebas,ingin mencuba melakukan seks,terlalu percaya akan lelaki,terpengaruh dengan maklumat berhubung dengan aktiviti seks menerusi internet ,dan persekitaran tempat tinggal.Tidak terkecuali factor social yang saling berkaitan rapat dengan hubungan anak dan ibu yang ranggang menyebabkan remaja lebih mempercayai orang lain sehingga. Mereka terjerumus dalam gejala seks luar nikah.
Bagi kebanyakkan remaja yang terlibat,apabila mendapati diri remeka yang terlibat,apabila mendapati diri mereka hamil,jalan paling mudah untuk keluar daripada masalah tersebutsebaik-baik sahaja dilahirkan.Mereka beranggapan bahawat indakan kejam tersebut mampu menyelesaikan masalah.
Pada hakikatnya, mereka tidak mengetahui bahawa akibat perbuatan tersebut, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.Mereka juga boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM3000 atau kedua-duanya sekali atau mengikut seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam mendepani masalah ini, ternyata kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) tidak berpeluk tubuh.Pelbagai program kesedaran dilakukan bagi memastikan jumlah gejala buang bayi dapat dikurangkan.



Pada Julai lalu, Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga, Masyarakat (KPWKW) mengumumkan akan kewujudan pusat perlindungan bayi di setiap hospital kerajaan di seluruh negara.Timbalan Ketua Setiausaha(Strategik) KPWKM,HarjeetSingh, menjelaskan bahawa usaha tersebut merupakan usaha berterusan daripada kerajaan dalam memerangi kes pembuangan bayi terutama kelahiran di luar nikah.
“Inisiatif ini masih di peringkat perancangan, namun sebagai langkah permulaan kita menjalankan perbincangan bersama-sama Kementerian Kesihatan bagi merealisasikan hasrat tersebut.Kita mahu hospital juga berfungsi sebagai pusat perlindungan bayi sekiranya ada ibu yang terdesak dan tidak menginginkan bayi mereka,”Katakan ketika berucap di Konvensyen “Katakan Tidak kepada Pembangunan Bayi:Nyawa di Tangan Kita”,di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,Selangor,pada Julai lalu.
Di Jerman, kerajaan menyedian pusat khas perlindungan bayi yang dikenali sebagai Babywiege yang berfungsi sebagai mengelakkan bayi yang baru dilahirkan meninggal dunia akibat terdedah kepada kesejukan selepas dibuang oleh ibu yang belum bersedia memikul tanggungjawab menjaga anak.
Menyedari keseriusan masalah pembuangan bayi, kerajaan Jerman mengenakan undang-undang yang membolehkan hospital menjaga bayi yang baru dilahirkan untuk tempoh tersebut,ibu yang melahirkan anaknya boleh mengambil semula bayinya sekiranya wanita tersebut berubah fikiran.Namun, sekiranya ibu bayi tersebut tidak membuat apa-apa keputusan selepas tempoh tersebut, bayi tersebut perlu diserahakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diberikan kepada keluarga angkat.
Persoalannya, sekiranya kerajaan di negara kerajaan di negara ini mengambil langkah penyelesaian tersebut, adakah masyarakat kita benar-benar bersedia untuk bersama-sama bertindak menyelamatkan nyawa si kecil daripada terus menjadi korban?
Sehingga kini, terdapat sembilan buah pusat perlindungan bayi di seluruh negara, termasuk satu di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak dan satu lagi di bawah NGO, OrphanCARE di Petaling Jaya, yang merupakan perintis projek tersebut.
Bagi kebanyakan NGO, berdasarkan peningkatan jumlah kes pembuangan bayi yang dicatatkan di seluruh negara,sudah tiba masanya kerajaan menubhkan lebih banyak pusat perlindungan bayi bagi memastikan nyawa “si kecil” tidak terus menjadi korban.
Bagi menjayakan tujuan penubuhan pusat perlindungan bayi tersebut,HarjeetSingh turut menasihati remaja perempuan dan wanita yang terlanjut sehinga melahirkan anak luar nikah supaya tidak membuang bayi mereka, sebaliknya menyerahkannya kepada pusast perlindungan bayi untuk tindakan selanjutnya.
“Di bawah KPWK, kita mempunyai 55 buah insitusi kebajikan,seperti rumah perlindungan kanak-kanak dan Sekolah Tunas Bakti, sebanyak 104 buah pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, serta 56buah klinik Nur sejahtera yang bersedia menerima bayi yang menyediakan Talian Nur 15999 kepada remaja atau wanita yang mengandung anak luar nikah untuk mendapatkan kaunseling dan maklumat,” ujarnya lagi.



                PENDERAAN



Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-

   1. Penderaan fizikal kanak-kanak.
   2. Penderaan mental kanak-kanak.
   3. Penderaan seksual kanak-kanak.


Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia.
Salah satu punca yang menyebabkan kes-kes penderaan kanak-kanak berlaku disebabkan oleh pengurusan emosi yang tidak stabil. Mereka mendera anak-anak mereka demi melepaskan tekanan yang dihadapi semasa di tempat kerja. Seseorang akan melakukan apa sahaja apabila emosinya tidak dapat dikawal, hal ini turut mengakibatkan kes-kes penderaan khususnya terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Seterusnya, punca yang mengakibatkan kes-kes penderaan ialah masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga. Masalah kewangan yang sering menimbulkan masalah dan melanda sesebuah keluarga menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak mereka.
Isu ibu bapa yang terlibat dalam kes penagihan dadah turut mengundang berlakunya penderaan kanak-kanak. Sikap tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan telah mengajar mereka untuk bertindak lebih agresif disebabkan oleh pengambilan dadah yang melampau. selain itu, tiadanya pendekatan agama juga mendorong berlakunya penderaan kanak-kanak. Iman yang lemah dan goyah serta kurang perasaan kasih sayang terhadap anak-anak menyebabkan berlakunya perkara seperti ini. Contohnya kekurangan ilmu pengetahuan agama dan ilmu dari aspek-aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek tidak diterapkan dalam diri ibu bapa.

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan media-media massa

     Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi  mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

     Keadaan itu perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.

     Pada bulan Mac 2010 kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah didapati bersalah dan telah di jatuhi hukuman mati oleh mahkamah.
      Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, tekanan di tempat kerja bagi  ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.

       Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan ekonimi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau menyakiti  anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan  kasih sayang dan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan.

       Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

       Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama.  Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu  kesalahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya (anak-anak) dengan baik.

        Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak.  Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.       

       Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan  hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka.

        Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan  pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

        Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.















Hak Kanak-kanak
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi perlindungan oleh orang-orang yang lebih tua daripada mereka seperti ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Perlindungan yang dimaksudkan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ialah kanak-kanak perlu tinggal dalam komuniti dan persekitaran aman damai disamping keluarga yang menjaga mereka dengan baik. Selain itu, kanak-kanak perlu memperoleh pendidikan yang terbaik serta mendapat makanan yang mencukupi dan berkhasiat tubuh yang sihat dan cergas. Pergaulan sihat seperti bermain dan beriadah disamping rakan-rakan sebaya juga amat digalakkan.

Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak
Implikasi penderaan kanak-kanak umumnya dapat dilihat dengan jelas melalui kecederaan pada anggota fizikal mereka. Luka di kepala, badan dan muka akan memberi kesan yang tidak baik khususnya terhadap masa depan mereka apabila meningkat dewasa kelak. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya kecacatan fizikal sama ada serius atau tidak. Contohnya anak kepada pengerusi MIC S Karrigalan, 42 telah meninggal dunia akibat didera oleh jirannya pada 3 mac lalu. Selain itu, kerencatan otak juga boleh berlaku akibat hentakan di kepala oleh benda-benda keras.


Impak Penderaan Kanak kanak
Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan mental khususnya kepada mangsa itu sendiri. Adakah kita ingin perkara ini terjadi kepada keluarga kita? Tepuk dada tanya iman. Seperti yang kita tahu, isu seumpama ini hanya akan membuatkan kanak-kanak tersebut trauma dan berasa diri tidak disayangi. Kesannya kanak-kanak akan menunjukkan satu perubahan drastik seperti murung, suka menyendiri, atau menjadi lebih pasif. Bukan itu sahaja, ini secara tidak langsung akan membuatkan prestasi pembelajaran mereka merosot. Keadaan ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar menjadi malas dan malu ke sekolah disebabkan kecederaan yang mereka alami sama ada penderaan itu dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri ataupun pembantu rumah.

Langkah langkah mengatasi
Antara langkah untuk mengatasi masalah ini ialah peranan kerajaan. Pihak kerajaan haruslah mengenakan tindakan undang-undang kepada ibu bapa yang mendera anak-anaknya. Hukuman yang akan dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu, peranan media massa juga penting bagi mengatasi masalah ini. Media massa seperti televisyen boleh mengiklankan kesan-kesan penderaan kanak-kanak kepada masyarakat supaya dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat di sekeliling.
Rujukan

2. Dewan Siswa Edisi November 2011



No comments:

Post a Comment