4. Peranan Remaja Terhadap Keluarga
PERANAN REMAJA TERHADAP IBU BAPA
Setiap
anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakankehidupan mereka
melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.Banyak bakti
yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk materialdan
hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin
uzur dan memerlukan lebih perhatian.Antara bakti yang perlu dilakukan setiap
anak terhadap ibu bapa ialah:
1. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih
sayang yang selama ini dicurahkanibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu
dibalas sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang
ibu bapa. Anak yang baik akan sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk sentiasa
mencurahkan rahmat atas ibu bapanya.
2. Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian.
Mereka terasa disisih dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan
perasaan dan menyebabkan kemurungan.Keadaan ini jika berterusan akan memberi
kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Ramai ibu bapa yang
disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal
bahawa anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan ibu bapa mampu
menjaga dan membesarkan anak-anak mereka.
3. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak
untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk
kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan
berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa
lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan
seumpamanya.
4. Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya
melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak
disukai ibu bapa bermaknamelakukan perbuatan derhaka. Anak yang derhaka
terhadap ibu bapa tidak akanmendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa
yang derhaka terhadap ibu bapa akan disegerakan balasan di dunia dan tidak
terlepas balasan di akhirat.
5. Bercakap dengan lemah-lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah
dengan bercakap secara lemah-lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan
dan jangan membantah permintaan mereka. Sesungguhnya,
anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud
merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata
yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan,
gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
6. Menghadiahkan kejayaan
Jika seseorang anak itu memperoleh kejayaan
dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya,
seharusnya dimaklumkamkepada ibu bapa. Ibu bapa sebaiknya dibawa bersama-sama
dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
7. Meluangkan masa bersama-sama
Anak-anak yang tinggal berasingan dengan ibu
bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang
menerima kunjungan dan gembira untuk menatap wajah anak-anak mereka.
8. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk
ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun
mereka sudah meninggal dunia. Kebaikan yang dilakukan anak terhadap ibu bapa
sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya
biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
9. Memberi nafkah
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah
kewangan. Mereka tidak mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin
meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan
kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang
dibelanjakan oleh ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak-anak mereka.
10. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat
tinggal atau tidak sesuai untuk didiami,menjadi tanggungjawab anak menyediakan
tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa
tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka
diurus dengan baik.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa
tanggungjawab anak terhadap ibu bapa boleh dilakukan dengan berbuat baik kepada
mereka dengan berbakti dan berkhidmat kepada kedua-duanya sewaktu mereka masih
hidup iaitu ketika mereka sihat atau sakit atau setelah meninggal dunia.
Seseorang anak tidak hanya dituntut melayani dan menghormati ibu bapa sekadar
berbudi bahasa, malah digalakkan memberi sumbangan kewangan bagi meringankan
beban mereka. Itulah hadiah yang paling bermakna daripada seseorang anak yang
dapat diberikan kepada ibu bapa.
PERANAN REMAJA TERHADAP KAKAK DAN ABANG
1. Hormat-menghormati
Remaja perlu menghormati adik-beradik yang
lebih tua. Sikap saling hormat-menghormati harus dipupuk di kalangan remaja.
Sikap ini boleh dilihat apabila wujudnya sikap bantu-membantu.
2. Perhubungan yang baik
Remaja perlu memastikan perhubungan yang
baik dengan adik-beradik yang lebih tua. Elakkan daripada pergaduhan.
Sekiranya, perhubungan tidak baik, sukar untuk saling bantu-membantu.
3. Mendengar nasihat
Remaja perlu mendengar nasihat orang yang
lebih tua.
4. Terima pendapat seadanya
Sekiranya abang atau kakak memberi alasan
yang tidak munasabah berkaitan sikap mahupun tingkah laku kamu, jangan sesekali
cuba membetulkan atau memberi pendapat yang bertentangan dengan alasan
yangdikemukakan. Cara sebegini akan membuatkan abang atau kakak berfikir dan
berasa malu dengan alasan yang diberikan itu dan mungkin akan berasa bersalah
dengan kenyataan yang tiada kepastiannya itu. Sebagai adik, elak berlalu pergi
ketika abang atau kakak sedang bercakap. Ini kerana, ia akan mengeruhkan lagi
keadaan sekaligus menambahkan kemarahan mereka.
5. Jadi pendengar setia
Jadilah pendengar yang setia ketika abang
atau kakak menghadapi masalah atau tekanan.
6. Fahami mood abang atau kakak
Kemarahan yang meledak pada usia remaja
adalah perkara biasa dalam kehidupan seseorang, baik remaja mahupun golongan
dewasa. Setiap insan pasti mengalaminya. Rasa marah bukan kerana benci tetapi
bersifat saying atau teguran. Sekiranya kamu menghadapinya, bukan masa yang
sesuai untuk kamu membalas kemarahan abang atau kakak dengan rasa kebencian.
7. Bijak kawal kemarahan
Kadang-kadang, sikap ketidakadilan abang
atau kakak boleh mendatangkan kemarahan kamu. Jangan sesekali membenci ataupun
menyesal dengan sikap mereka kerana keadaan akan berubah saat kamu menerima
kepastian dengan hati terbuka. Bawa bertenang dan tunggu sehingga keadaan
kembali tenang.Kemudian, ambil peluang membincangkan perasaan yang kamu
pendamkan itu, beberapa hari kemudian.
8. Pelihara tutur kata yang sopan
Apabila membincangkan sesuatu perkara dengan
mereka sama ada berkaitan dengan pendapat atau permintaan, peliharalah tingkah
laku dan tutur kata kamu dengan sebaik-baiknya. Kawal percakapan kamu dan
jangan sesekali meninggikan suara. Sekiranya kamu bijak mengawal perasaan dan keadaan,
sabar serta bercakap dalam nada yang lembut, pasti mereka akan mengikut
kehendak kamu.
Peranan remaja terhadap adik-adik
Sebagai anak yang paling tua, mereka tidak
terlepas daripada tanggungjawab mereka bagi memastikan keselamatan dan
kebajikan adik-adik terjamin dan mempunyai kehidupan yang berkualiti untuk masa
hadapan adik-adik. Mereka harus berusaha bagi melaksanakan tanggungjawab ini di
samping tidak mengabaikan keadaan diri dan perasaan mereka sendiri. Antara
peranan remaja kepada adik-adik ialah :-
1.
Sebagai pengganti ibu bapa sekiranya mereka tiada di rumah. Seorang abang atau
kakak perlu memastikan keselamatan dan kebajikan adik-adik seperti yang
telahdilaksanakan oleh ibubapa mereka. Oleh itu adik-adik tidak akan terasa
terabai atau tersisih kerana mereka masih mempunyai tempat bergantung dan
tempat rujukanselain ibubapa mereka.
2.
Menjadi pendamai sekiranya adik-adik berada dalam konflik atau bergaduh sesama
sendiri. Mereka tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya menjadi
orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini.
3.
Memantau kelakuan dan pergaulan adik-adik. Sebagai abang atau kakak, mereka perlu
tahu ke mana adik-adik pergi dan siapa rakan-rakan disekeliling
adik-adik.Mereka perlu memastikan adik-adik mereka bergaul dengan orang yang
betul dan boleh membimbing adik-adik mereka kearah kebaikan.
4.
Menjadi contoh dan role model yang baik kepada adik-adik. Ini penting kerana
adik-adik akan mengikut rentak atau perangai orang yang lebih tua dari mereka sepanjang
hayat perkembangan dan pertumbuhan.
5. Memotivasikan
adik-adik sekiranya mereka kurang bermotivasi. Sebagai kakak atau abang, mereka
perlu sentiasa memberi nasihat kepada adik-adik supaya sentiasa berusaha untuk
mencapai apa yang diingini. Ini adalah penting bagi mewujudkan semangat dalam
diri adik-adik mereka untuk lebih berjaya.
6.
Memberi sokongan dan dorongan supaya adik-adik berasa lebih yakin dengan apa
dilakukan. Sokongan ini perlu agar adik-adik tidak berasa takut atau
samar-samar untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
7.
Sentiasa mengingati adik-adik untuk sentiasa bersedia dan pandai menguruskan
diri sendiri ketika berada di luar atau didalam rumah. Ini penting sekiranya
adik-adik mereka berada di luar dari peglihatan ibu bapa dan remaja itu
sendiri.
8.
Memberi pertolongan kepada adik-adik sekiranya mereka memerlukan bantuan samada
dari segi kebajikan, kaunseling atau pembelajaran. Seseorang kakak atau abang
tidak boleh menolak sekiranya adik-adik mereka memerlukan bantuan kerana mereka
akan terasa tersisih dan boleh menimbulkan perasaan benci di kalangan
adik-adik.
9.
Sebagai tempat mengadu dan juga rakan-rakan kepada adik-adik. Mereka harus
bersikap terbuka dan menjadi tempat untuk adik-adik meluahkan perasaan. Mereka
juga perlu menjadikan diri mereka sebagai sahabat karib kepada adik-adik supaya
adik-adik berasa selesa untuk berkomunikasi dan dalam masa yang sama dapat
mencari jalan bagi menyelesaikan masalah adik-adik ini.
Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
abang atau kakak, mereka juga perlu menitikberatkan soal hati dan perasaan
adik-adik mereka. Kadang-kadang, perhatian yang telalu serius juga boleh
mengakibatkan adik-adik ini berasa terkongkong dan rimas serta boleh
menimbulkan perasaan benci dan dendam dalam diri adik-adik. Jiwa adik-adik ini
akan memberontak dan melakukan apa sahaja untuk mencari ketenangan dan
kebebasan.Oleh itu, remaja perlu berhati-berhati dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka agar adik-adik mereka tidak berasa terkongkong. Mereka
perlu menjadi seorang abang atau kakak
yang baik dan dalam masa yang sama menjadi sahabat karib kepada adik-adik
mereka serta pada masa yang sama juga mereka tidak boleh mengabaikan
tanggungjawab terhadap diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Ini adalah
penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.
Terbaik:)
ReplyDelete♡☜☆
Delete✌✌✌✌✌
ReplyDelete