Wednesday 13 March 2013

NILAI PATRIOTISMA YANG PADA TOKOH-TOKOH NEGARA KITA ,YANG MENJADI INPISARI REMAJA KINI part 2


Latar Belakang Tony Fernandes
Tony Fernandes yang kini berusia 48 tahun, dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada tahun 1987.Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.Sekembalinya ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice presiden kumpulan bagi kawasan Asia Tenggara.

Jatidiri Tony Fernandes
Kejayaan luar biasa selalunya di hasilkan oleh seseorang yang juga mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam setiap langkah yang dilalui. Pertama sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Dalam diri Tony Fernandes, beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya yang luar biasa dalam menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi alam perniagaan.Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan ubat secara percuma. Tony sungguh tidak terpikat dengan cara cara bapa beliau berniaga.Pada sekilas pandang memang ada ciri ciri yang serupa diantara Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan dan lestari ( berkekalan).Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau. Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan mampu berdikari di mana sahaja.Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactive begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat. Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang diminati itu matlamat yang biasa, tetapi untuk meiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental.Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikap reckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau amat yakin kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.Bagi menentukan kejayaan, sikap beliau yang fokus kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko. Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Teh Hong Piow di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft, Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.

Cara cara Tony menempuhi Halangan
Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu. Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil menganggap detik detik pahit yang dilalui hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini membantu Air Asia mengukuhkan daya saing ketika berhadapan dengan Malaysia Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi sama ada di Asia ataupun atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar.Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah mereka tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya” Akhir sekali, anda jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economics .





Air Asia
Dato’ Tony penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737 yang usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001 telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui 142 laluan dan 78 destinasi dengan sejumlah 400 penerbangan sehari di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011, Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.


No comments:

Post a Comment