Wednesday 13 March 2013

NILAI PATRIOTISMA YANG PADA TOKOH-TOKOH NEGARA KITA ,YANG MENJADI INPISARI REMAJA KINI part 3


Latar belakang Robert Kuok Hock Nien
(Cina Tradisional: pinyin: Guō Hènián) (lahir 6 Oktober 1923, di Johor Bahru, Johor), merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinational, Kumpulan Kuok.Kuok merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.

Jatidiri Tan Sri Robert Kuok

"Beliau sungguh teliti, bercita-cita tinggi dan tak banyak cakap, mudah didampingi. Pertuturannya lemah lembut, sopan dan tertib. Kalau kita tak setuju dengan pendapat dia pun, kita pasti akan menghormati sikapnya," itulah gambaran yang diberi oleh Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai Robert Kuok.
"Kunci kejayaan beliau adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan, ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia" kata sumber yang enggan namanya disebut. Dalam satu wawancara eksklusif dengan majalah alumni National University of Singapore pada 2000, Kuok berkata kejayaannya adalah hasil kerja keras. "Jangan harapkan jalan singkat untuk berjaya. Jika kita berjaya, orang akan mula memperkatakannya bertahun-tahun. Mereka akan datang jika reputasi kita kukuh". Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.
Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.
Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.
Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi.
Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, disamping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la. Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Ketika orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak seperti Indonesia pada tahun 1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu. Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang kikatakan 'Rangkaian Bamboo'
.

Usahawan Bersikap Realistik
Tan Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di rujuk sebagai Sugar King(Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini dan dan menganggapnya tidak tepat.Sebaliknya beliau yang memiliki empire perniagaan, termasuk rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja Hotel.‘Saya suka hotel tetapi gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak tepat.’ beliau berkata ketika di interviu oleh CCTV.Diantara topik yang dibincangkan termasuklah kegiatan beliau dalam industri pelancongan, pengeluaran gula dan juga tentang ibu beliau.Kuok menyatakan sewaktu mulai mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas, berada dalam keadaan serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing.“Tetapi saya mengagakkan ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat kerana memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak”. kata Kuok yang yang membina Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan.
Hari ini terdapat 72 buah hotel Shangrila diseluruh dunia, termasuk 34 buah di negara China. Kini terdapat 45 buah lagi sedang dibina, termasuk 28 buah di negara China.Kuok berkata perhotelan, sebagai sebuah industri perkhidmatan bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan teratas hinggalah kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat pelanggan. Oleh itu sejak memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan pekerja.“Tanggungjawab Lembaga Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”, kata beliau.Ketika disoal sama ada beliau tidak setia kepada sesuatu industri kerana beroperasi dalam pelbagai industri seperti gula, perhotelan dan media, beliau menjawab tidak, kerana industri industri ini adalah saling berkaitan.Sambil mengingati tahun tahun awal dalam alam perniagaan, Kuok berkata ibu beliau Tang Kak Ji dan saudara saudara beliau telah menubuhkan syarikat Kuok Brothers Ltd sejurus selepas kematian bapa beliau pada tahun 1948.
Dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah, beliau mencadang melaburkan semua wang syarikat kedalam projek penapisan gula(sugar refinery). Ini kerana, selain tepung gandum, gula pasir juga amat penting dalan sektor makanan.“Pasaran Gula tidak seperti petrokimia dengan permintaan yang tidak menentu. Pada masa itu industri teknologi maklumat belum lagi bermula. Oleh itu sektor yang paling mudah untuk meraih keuntungan ialah sektor refining(penpisan) gula”, kata beliau.Beliau juga berkata bagi mewujudkan empire perniagaan yang berjaya ia memerlukan kerja keras 90%, dan selebihnya ialah intelek(kebijaksanaan). Tentang kejayaannya dalam industri penapisan gula, beliau berkata ini kerana beliau masih muda diwaktu itu dan boleh berbahasa Inggeris.Beliau berkata, para peniaga yang beliau jumpai di London dan New York kagum atas kebolehan beliau, sebagai seorang berketurunan Cina, boleh berbahasa Inggeris dengan baik.Beliau berkata perlu pergi ke lima hingga enam buah pejabat setiap hari sebelum makan malam dengan pegawai pegawai syarikat untuk meninjau pendapat mereka sebelum melapor melalui telegram ke Singapura. Beliau tidur kira kira jam 1 malam Saya rasa ramai orang lebih pintar daripada saya. Tetapi kegiatan mereka dimalam hari lebih teruk. Keesokan harinya mereka tertidur dalam pejabat. Saya tidak terlena, jadi lebih mudah meneruskan kerja.Beliau berkata mereka yang ingin mencebur diri kedalam perniagaan perlu bersikap berani, jika tidak mereka tidak akan maju.“Setiap perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu perniagaan, elok tinggalkan sahaja. Ini tiada masalah kerana pasti ada peluang yang lebih baik untuk anda. Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani, anda akan kekal miskin”, kata beliau.Kuok, yang telah dinobatkan sebagai orang Malaysia yang terkaya sejak tahun 2006 apabila ranking Forbe Asia diwujudkan, berkata beliau tidak suka pada wang.Bagaimanapun, beliau berharap syarikat syarikat beliau akan terus membuat keuntungan semoga pekerja pekerja dapat terus menikmati bonus.“Bonus pekerja untuk tahun ini adalah pada paras yang cukup baik”, beliau menambah.Kuok yang fasih berbahasa Mandarin berkata ini kerana beliau seringkali diingatkan oleh ibunya supaya jangan melupai asal usul mereka.Dia mengakui ibu beliau sebagai orang yang paling banyak mempengaruhinya. Ibu beliau selalu menasihati supaya bersifat merendah diri dan membantu yang miskin, dan berharap beliau akan menjadi peniaga yang beretika baik.Kuok ingat suatu peristiwa dahulu apabila beliau membeli sebuah kereta Mercedes sebagai hadiah harijadi ibunya yang sudah berumur melewati lapan puluhan.Sebaik sahaja ibunya nampak kereta itu, beliau terkejut dan bertanya mengapa membeli kereta Mercedes apabila sebuah kereta Jepun sudah cukup untuk beliau. Beliau lantas mengembalikan kereta itu atas permintaan ibunya.Kuok berkata ibu beliau mengenalpasti potensi beliau sebagai peniaga dan yakin yang beliau akan berjaya suatu hari nanti. Tetapi ibu beliau bimbang yang beliau akan menjadi seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab, jadi beliau banyak memberi nasihat yang berguna serta menghindar sifat tamak.Sudah tentu ibu Kuok begitu gembira sekali diatas kejayaannya sekiranya beliau masih lagi hidup. Pasti beliau akan terus menasihat Kuok supaya terus bersifat merendah diri dan menolong orang miskin.“Kasih sayang saya kepada ibu adalah untuk selama lamanya” kata beliau.

RUJUKAN :
1.MAJALAH DEWAN SISWA
2.MAJALAH DEWAN EKONOMI
3.MAJALAH WIRA “MALAYSIAKU” TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD
4. www.scribd.com/doc/34150260/Dato-Tony-Fernandes-Biography
5. en.wikipedia.org/wiki/Robert_Kuok


No comments:

Post a Comment