Thursday 7 March 2013

Wawasan 2020----Jia Xin


Sebagai seorang anak Malaysia yang prihatin dan modal insan yang bakal membantu Negara merealisasikan Wawasan 2020, saya pun meluangkan masa selama 3 hari untuk mencari maklumat tentang tajuk tersebut. Pada pandangan saya, untuk membantu Negara menjayakan wawasan nasional ini, setiap rakyat harus menghalusi ke semua Sembilan cabaran yang telah digariskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad sejaktahun 1991.
Selepas mengambil keputusan memilih tajuk tersebut sebagai projek, saya telah banyak merujuk bahan-bahan yang relevan dengan Wawasan 2020. Dengan semangat kerajinan, saya telah berjaya mendapatkan maklumat terperinci tentang kesemua sembilan cabaran yang harus saya harungi.
Cabaran pertama Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan Negara Malaysia yang bersatu dan mempunyai matlamat bersama. Dalam konteks ini, barulah saya sedar bahawa pentingnya perpaduan nasional dalam memajukan sesebuah Negara. Tegasnya, saya harus amalkan nilai hidup bersama secara aman dan nilai toleransi.
Selain itu, cabaran kedua adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju. Untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang pula merupakan cabaran yang ketiga. Sementara itu, cabaran keempat adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Selepas menghalusi ketiga-tiga cabaran tersebut, saya dapati saya harus bebas melakukan sesuatu dengan batasan tertentu. Saya juga harus amalkan nilai sikap keterbukaan dan hemah tinggi.
Sebagai modal insan yang bakal memajukan Negara, saya juga harus mempratikkan cabaran kelima dengan mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur. Dalam era globalisasi, saya juga harus berusaha menyahut cabaran keenam dengan berusaha mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif untuk menjadi seorang pelajar yang celik ICT.
Tidak dinafikan bahawa cabaran mewujudkan masyarakat penyayang dan memastikan masyarakat adil dalam bidang ekonomi juga harus saya amalkan. Saya juga mesti bersikap penyayang dan saksama. Dengan itu, konsep masyarakat penyayang akan dapat direalisasikan.
Akhirnya, cabaran kesembilan juga meningkatkan saya untuk memikul tanggungjawab bersama untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Tegasnya, saya harus amalkan nilai saling membantu dan berkejersama untuk merealisasikan Sembilan cabaran Wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment